• news.cision.com/
  • Halton Group/
  • Sistem pengudaraan permintaan terkawal yang pertama di dunia sebagai perkhidmatan untuk dapur komersial

Sistem pengudaraan permintaan terkawal yang pertama di dunia sebagai perkhidmatan untuk dapur komersial

Report this content

Peneraju teknologi dalam pengudaraan mencabar, Halton Group, akan mula menyediakan sistem pengudaraan permintaan terkawal mereka, Halton M.A.R.V.E.L, kepada dapur komersial sebagai perkhidmatan yang dapat memudahkan lebih banyak pengendali perkhidmatan makanan, seperti restoran untuk memanfaatkannya, dengan meminimumkan kos modal sistem.

Sistem Halton M.A.R.V.E.L, dihubungkan melalui IoT, membantu memastikan kesinambungan operasi dan perbelanjaan di dapur profesional dapat diramal melalui penyelenggaraan ramalan, dan boleh mengurangkan kos tenaga serta jejak karbon mereka dengan ketara. Dapur komersial menggunakan sekitar 2.5 kali lebih banyak tenaga bagi setiap kawasan bangunan daripada ruang komersial yang lain. Daripada tenaga ini, 30% lazimnya digunakan oleh Pemanasan, Pengudaraan dan Penyaman Udara (HVAC).

"Halton M.A.R.V.E.L ialah sistem pengudaraan permintaan terkawal yang paling maju di pasaran, yang disasarkan untuk penggunaan dapur profesional. Sistem ini mengoptimumkan pengudaraan secara automatik berdasarkan aktiviti memasak dengan menggunakan pelbagai sensor dan kecerdasan buatan, memaksimumkan penjimatan tenaga sebanyak 50% bergantung pada skala dan jenis operasi di dapur,” kata Pengarah Halton Foodservice Georges Gaspar.

Halton M.A.R.V.E.L sebagai Perkhidmatan yang diberi gelaran MaaS, merangkumi pakej perkhidmatan penyelenggaraan Halton Care dan perkhidmatan digital pintar Halton Connect, termasuk pemantauan jarak jauh dan analitik data 24/7. Kini, semua perkhidmatan ini disediakan berdasarkan kos operasi setiap bulan.

En. Prim Jitcharoongphorn daripada Allied Metals Co. Ltd., rakan kongsi Halton dalam pelancaran perkhidmatan tersebut di Thailand, mengatakan perkara berikut:

Dengan program yang mengagumkan daripada Halton ini, pelanggan kami dapat menguruskan kos operasi mereka dengan lebih berkesan tanpa pelaburan yang besar. Model bayar mengikut penggunaan ini membolehkan pelanggan kami hanya membayar khidmat yang mereka gunakan.  Kebaikannya apabila dapat mengubah perbelanjaan modal kepada perbelanjaan operasi ialah, modal boleh dilaburkan ke tempat lain. Tawaran Halton merangkumi perkhidmatan penyelenggaraan yang paling mustahak untuk memastikan semua perbelanjaan dapat diramal."

Sejak 10 tahun kebelakangan ini, Halton telah melaksanakan lebih daripada 4,000 pemasangan di premis M.A.R.V.E.L di dapur profesional di seluruh dunia.

Maklumat selanjutnya

Gunalan Ganesan, Regional Director, Halton Asia
Tel. +60356228800
E-mell: gunalan.ganesan(at)halton.com

Halton Group ialah peneraju teknologi global dalam penyelesaian udara dalaman untuk premis komersial dan tempat awam, ruang kerja, institusi penjagaan kesihatan dan makmal, dapur profesional, kapal serta pengeluaran tenaga dan persekitaran industri yang mencabar. Misi Halton adalah untuk menyediakan pengguna akhir dengan persekitaran dalaman yang selamat, selesa dan produktif yang cekap tenaga serta mematuhi prinsip-prinsip kelestarian. Syarikat ini ditubuhkan di Finland pada tahun 1969. Hari ini, Halton Group mempunyai sekitar 1,600 orang pekerja di lebih 35 negara. Perolehan syarikat pada tahun 2019 adalah sekitar 237 juta euro. Untuk maklumat lanjut, lawati www.halton.com.

Subscribe

Media

Media